Monday, 9 March 2020

Wanita dan Produk kecantikan

Dimasa kini banyak produk-produk yang dihasilkan di pasaran untuk penjagaan muka, namun tidak kurang juga produk yang mengandungi bahan terlarang, atau melebihi sukatan yang dibernarkan KKM.


Produk tersebut mungkin berkesan, tapi memberikan kesan sampingan dalam jangka masa panjang. Sepertinya kita memakai krim muka jenama x untuk tujuan pemutihan, ternyata ia amat berkesan baru pakai 4 hari suda nampak hasilnya, namun tidak lama selepas itu, kulit kita mula terasa pedih-pedih, na ini yang dinamakan kesan-kesan penggunaan produk yang tidak berdaftar.

Sebolehnya pakailah produk yang berdaftar dan terjamin kandungan kimia yang ada dalam produk tersebut. Terdapat juga produk untuk menurunkan berat badan, atau pun menaikkan berat badan.

Produk ini boleh ternampak di pasaran, seperti teh, susu, jamu, air, makanan tambahan, vitamin. Mungkin penjual memberi jaminan bahawa produk mereka amat berkesan berdasarkan testimoni pengguna lain, dan bukan jaminan berdasar ujian makmal bagi sesuatu produk tersebut. Sebagai wanita kita haruslah bijak memilih produk kecantikan kita, mahu pun makanan tambahan yang kita ambil seperti vitamin, produk penjagaan kulit, Sebagai alternatif, kita boleh menggunakan bahan alami, sperti tomato, lemon, dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment