Sunday, 8 March 2020

Abu Sayyaf Menuntut Wang Tebusan Dengan Indonesia.

Kumpulan pengganas Abu Sayyaf menuntut wang tebusan sebanyak 30 juta peso (RP8.4 bilion) iaitu RM2.4 juta bagi membebaskan lima rakyak indonesia, menurut menteri keselamatan Indonesia, Mahfud MD yang memetik satu laporan media.

“Saya baru saja tahu daripada (laporan) TV tetapi laporan terus mengenai perkara ini belum ada. Saya akan mendapatkan maklumat rasmi mengenainya.” katanya dalam satu pertemuan bersama pendakwah-pendakwah di Majlis Ulema Indonesia, pada Khamis lalu.

Lapan rakyat Indonesia yang bekerja di atas sebuah kapal nelayan diculik oleh beberapa penjenayah bersenjata yang dipercayai merupakan kumpulan Abu Sayyaf di perairan Tambisan di Tungku Lahad Dato, di negeri Sabah, Malaysia pada 16 Januari 2020.




Antara tebusan yang diculik dikenali sebagai Abdul Latif (umur 37), Daeng Akbal (umur 20), dan Pian bin Janiru (umur 36) telah dibebaskan bersama sebuah bot kayu, manakal lima lagi masih berada dalam tahanan penculik.

Mereka adalah Arsyad bin Dahlan, Arizal Kastamiran, La Baa, Riswanto bin Hayono, dan Edi bin Lawalopo. Anak kapal Indonesia ini diculik tidak jauh dari tempat di mana tiga rakyat Indonesia yang diculik di perairan Tambisan, Tungku Lahad Datu, pada 23 sept 2019, menurut polis Tambisan.


Kumpulan ini telah beberapa kali menculik rakyat Indonesia untuk tujuan meminta wang tebusan. Kerajaan Indonesia sedang berusaha untuk membebaskan rakyatnya yang masih dalam tahanan. Semoga semua tahanan berada dalam keadaan selamat.

No comments:

Post a Comment