Sunday, 8 March 2020

Kehilangan MH370 Kekal Misteri.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 boeing 777 telah hilang pada 8 March 2014, pesawat ini membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal, pesawat MH370 juga dikatakan berlepas dari Kuala Lumpur Malaysia ke Beijing China.

Aktiviti pencarian pesawat ini juga tela memakan kos yang termahal di dunia penerbangan. Antara hasil pencarian pesawat ini ialah penemuan beberapa serpihan daripada sayap dan fiuselaj pesawat di lautan Hindi, berhampiran perairan pantai barat daya Afrika. Penemuan ini juga telah menimbulkan banyak persoalan bagaimana pesawat ini boleh menyimpang terlalu jauh dari laluan asalnya.




Pada tahun ini telah genap 6 tahun berlalu, tetapi misteri kehilangan belum dapat di ketahui. Para waris penumpang dan anak kapal ada yang masih berharap akan penemuan pesawat ini, sepanjang 6 tahun ini merupakan penantian yang menyeksakan buat para waris. Pencarian juga telah menggunakan pelbagai teknologi canggih dan disertai pelbagai negara, tetapi belum ada penemuan yang boleh merungkai teka-teki. Bagaimanapun terdapat ura-ura bahawa usaha pencarian yang dihentikan itu akan disambung semula sekiranya terdapat petunjuk baharu.

sumber daily news

No comments:

Post a Comment