Dimasa kini banyak produk-produk yang dihasilkan di pasaran untuk penjagaan muka, namun tidak kurang juga produk yang mengandungi bahan terlarang, atau melebihi sukatan yang dibernarkan KKM.
Produk tersebut mungkin berkesan, tapi memberikan kesan sampingan dalam jangka masa panjang. Sepertinya kita memakai krim muka jenama x untuk tujuan pemutihan, ternyata ia amat berkesan baru pakai 4 hari suda nampak hasilnya, namun tidak lama selepas itu, kulit kita mula terasa pedih-pedih, na ini yang dinamakan kesan-kesan penggunaan produk yang tidak berdaftar.
Sebolehnya pakailah produk yang berdaftar dan terjamin kandungan kimia yang ada dalam produk tersebut. Terdapat juga produk untuk menurunkan berat badan, atau pun menaikkan berat badan.
Produk ini boleh ternampak di pasaran, seperti teh, susu, jamu, air, makanan tambahan, vitamin. Mungkin penjual memberi jaminan bahawa produk mereka amat berkesan berdasarkan testimoni pengguna lain, dan bukan jaminan berdasar ujian makmal bagi sesuatu produk tersebut. Sebagai wanita kita haruslah bijak memilih produk kecantikan kita, mahu pun makanan tambahan yang kita ambil seperti vitamin, produk penjagaan kulit, Sebagai alternatif, kita boleh menggunakan bahan alami, sperti tomato, lemon, dan lain-lain.
NewsAdv
Monday, 9 March 2020
Sunday, 8 March 2020
Kehilangan MH370 Kekal Misteri.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 boeing 777 telah hilang pada 8 March 2014, pesawat ini membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal, pesawat MH370 juga dikatakan berlepas dari Kuala Lumpur Malaysia ke Beijing China.
Aktiviti pencarian pesawat ini juga tela memakan kos yang termahal di dunia penerbangan. Antara hasil pencarian pesawat ini ialah penemuan beberapa serpihan daripada sayap dan fiuselaj pesawat di lautan Hindi, berhampiran perairan pantai barat daya Afrika. Penemuan ini juga telah menimbulkan banyak persoalan bagaimana pesawat ini boleh menyimpang terlalu jauh dari laluan asalnya.
Pada tahun ini telah genap 6 tahun berlalu, tetapi misteri kehilangan belum dapat di ketahui. Para waris penumpang dan anak kapal ada yang masih berharap akan penemuan pesawat ini, sepanjang 6 tahun ini merupakan penantian yang menyeksakan buat para waris. Pencarian juga telah menggunakan pelbagai teknologi canggih dan disertai pelbagai negara, tetapi belum ada penemuan yang boleh merungkai teka-teki. Bagaimanapun terdapat ura-ura bahawa usaha pencarian yang dihentikan itu akan disambung semula sekiranya terdapat petunjuk baharu.
sumber daily news

Artifak Prasejarah telah tiba di Kuching Sarawak.
Sarawak terkenal dengan artifak prasejarah, sebanyak 122 fragmen tulang manusia prasejarah yang di ambil dari Gua Niah telah selamat tiba di tanah air.
Artifak ini tiba di Kuching kira-kira jqm 7.30 pagi pada hari sabtu (7/3/2020), artifak ini dihantar pulang menggunakan pesawat singapore Airlines dari Florida, Amerika Syarikat.
Dikatakan bahawa tulang prasejarah ini telah berusia 40,000 tahun. Kesemuan 122 fragmen tulang manusia prasejarah berkenaan diekskavasi dari Guah Niah, Miri pada penghujung 1950-an sehingga awal 1960-an. Ia dibawa ke Amerika Syarikat pada tahun 1966, iaitu ke Universiti Nevada, Las Vegas kemudian berpindah ke Univeristi Florida di Gainesville pada tahun 2017 untuk tujuan penyelidikan.
Setelah hampir 50 tahun artifak ini berada di perantauan, akhirnya artifak ini dibawa balik ke bumi kenyalang. Serpihan tulang itu akan di tempatkan di Muzium Arkeologi Sarawak.
sumber bernama.
Abu Sayyaf Menuntut Wang Tebusan Dengan Indonesia.
Kumpulan pengganas Abu Sayyaf menuntut wang tebusan sebanyak 30 juta peso (RP8.4 bilion) iaitu RM2.4 juta bagi membebaskan lima rakyak indonesia, menurut menteri keselamatan Indonesia, Mahfud MD yang memetik satu laporan media.
“Saya baru saja tahu daripada (laporan) TV tetapi laporan terus mengenai perkara ini belum ada. Saya akan mendapatkan maklumat rasmi mengenainya.” katanya dalam satu pertemuan bersama pendakwah-pendakwah di Majlis Ulema Indonesia, pada Khamis lalu.
Lapan rakyat Indonesia yang bekerja di atas sebuah kapal nelayan diculik oleh beberapa penjenayah bersenjata yang dipercayai merupakan kumpulan Abu Sayyaf di perairan Tambisan di Tungku Lahad Dato, di negeri Sabah, Malaysia pada 16 Januari 2020.
Antara tebusan yang diculik dikenali sebagai Abdul Latif (umur 37), Daeng Akbal (umur 20), dan Pian bin Janiru (umur 36) telah dibebaskan bersama sebuah bot kayu, manakal lima lagi masih berada dalam tahanan penculik.
Mereka adalah Arsyad bin Dahlan, Arizal Kastamiran, La Baa, Riswanto bin Hayono, dan Edi bin Lawalopo. Anak kapal Indonesia ini diculik tidak jauh dari tempat di mana tiga rakyat Indonesia yang diculik di perairan Tambisan, Tungku Lahad Datu, pada 23 sept 2019, menurut polis Tambisan.
Kumpulan ini telah beberapa kali menculik rakyat Indonesia untuk tujuan meminta wang tebusan. Kerajaan Indonesia sedang berusaha untuk membebaskan rakyatnya yang masih dalam tahanan. Semoga semua tahanan berada dalam keadaan selamat.

Subscribe to:
Posts (Atom)